Sabtu, 17 Desember 2011

[daarut-tauhiid] Status Imam Ghazali (450-505H) Dalam Ilmu Hadis

http://sawanih.blogspot.com/2011/12/status-imam-al-ghazali-450-505h-dalam.html

FRIDAY, DECEMBER 16, 2011
Status Imam al-Ghazali (450-505H) Dalam Ilmu Hadis

Editor: Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala - Date:
16.12.11<http://sawanih.blogspot.com/2011/12/status-imam-al-ghazali-450-505h-dalam.html>
<http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=5281356769078497993&postID=7895079817946662115>

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwggRW1Q5fvz4O-z-uFZJQzUZn3E3cf1qrw7lW3RQGqVet3fnCJHMl-N5SvDdcu_WSArnvskEq6tcPu_ubXpN5bpkaQSX-pQQ0eau14GRVdI7zdctHXFHYfCo_mSs_PqHkZ0kZxoXIJccU/s1600/Ghazali2.png>
Ada seorang ustaz *al-fadhil* menghubungi saya bertanyakan tentang
kedudukan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Ini barangkali kerana ingin
menjawab persoalan mereka yang memandang rendah tentang keupayaan Imam
al-Ghazali dalam ilmu hadis. Maka saya katakan, ada sebuah kitab yang bagus
dalam membincangkan masalah ini, iaitu kitab *al-Imam al-Ghazali wa 'Ilm
al-Hadith* oleh Dr. Muhammad 'Aqil bin 'Ali al-Mahdali.

****
Pertamanya, amat perlu difahami apakah maksud ilmu hadis itu. Ilmu hadis
yang bagaimana? Kerana ilmu hadis itu mempunyai banyak pecahan di bawahnya.
Walhal, maksud kurang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis itu
sebenarnya merujuk kepada ilmu hadis tertentu, terutama berkaitan kajian
sanad seperti *al-jarh wa al-ta'dil* dan *rijal al-hadith*, bukannya
keseluruhan cabang dalam ilmu hadis. Ini kerana beliau berkeupayaan dalam
ilmu *mustalah al-hadith*, atau *riwayah al-hadith* yang objektif utamanya
adalah untuk membezakan mana hadith yang sahih dan mana hadith yang dacif,
sepertimana yang dapat dilihat dalam kitab-kitab usul al-fiqhnya, iaitu *
al-Mankhul* dan *al-Mustasfa*.
****

Beliau juga berkeupayaan dalam mengetahui pelbagai hadis di mana telah
memuatkan sebanyak lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya *Ihya' `Ulum
al-Din*. Iaitu suatu bilangan yang jarang ada di dalam sesebuah kitab
seperti itu. Justeru, bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif
dan munkar seperti yang didakwa oleh sesetengah orang.
****

Bahkan, sebahagian besar hadis-hadis kitab *Ihya' `Ulum al-Din* adalah
masih hadis-hadis sahih dan hasan, serta daif yang dapat diterima
dalam bab* fada'il
acmal *(kelebihan-kelebihan amalan). Imam al-Ghazali sewajarnya lebih
diberi keuzuran kerana konsep kitab *Ihya' `Ulum al-Din*yang disusunnya itu
ialah *fada'il acmal*, bukannya *ahkam* atau akidah. Berbanding setengah
ulama yang menyusun kitab dalam bab *ahkam* atau akidah, tetapi
memuatkannya dengan hadis-hadis daif dan munkar.
****

Demikian antara jawapan saya menurut apa yang terlintas di dalam kepala
pada masa itu.****
****
*
*
*
*
*Hadis-Hadis Ihya' `Ulum Al-Din*
**

Pandangan yang mendakwa kelemahan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis bukanlah
suatu yang baru. Zahirnya, mereka hanya mengikut pendapat yang
mengatakannya demikian, terutama disebabkan hadis-hadis kitabnya *Ihya'
`Ulum al-Din*. Antaranya:****
****

- Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): "Beliau memenuhi kitabnya dengan
hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya" (*Talbis Iblis*,
hlm. 190).****

****

- Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: "Adapun apa yang
dianggap aib pada *al-Ihya'* disebabkan kelemahan sebahagian
hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bahawa beliau tidak
mempunyai kepakaran dalam bidang hadis" (*Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra*,
6/249).****

****

- Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: "Di dalamnya banyak hadis yang
gharib, munkar dan palsu" (*Al-Bidayah wa al-Nihayah*, 12/214).****

****

Sebanyak mana bilangannya? Menurut Dr. Muhammad 'Aqil al-Mahdali dalam* al-Imam
al-Ghazali wa 'Ilm al-Hadith*, bilangan hadis-hadis dalam*Ihya' `Ulum al-Din
* ialah 4,848 buah hadis. Ini berpandukan kepada kitab*Is*'*af al-Mulihhin
bi-Tartib Ahadith Ihya' *'*Ulum al-Din *susunan *Syeikhuna*al-Muhaddith
Syeikh Mahmud Sa'id Mamduh.

Bagaimanapun, kitab tersebut hanya menyusun semula hadis-hadis yang
ditakhrij oleh al-Hafiz al-'Iraqi (w. 806H) dalam *al-Mughni `an Haml
al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya' min al-Akhbar*, sedangkan
masih ada sebilangan kecil hadis yang tidak ditakhrijkan olehnya.****
****

Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang
tidak ditemukan sanadnya (*Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra*, 6/287- 389). Maka
bakinya jika begitu, ialah sebanyak 3,905 hadis yang masih mempunyai sanad
antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar.
Malah sebahagian daripada bilangan 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya
oleh Taj al-Din al-Subki itu sebenarnya masih mempunyai sanad, dan
sebahagiannya pula ada yang diperselisihkan darjatnya antara sahih, hasan,
daif atau *mawdu'*. Ini dapat dilihat dalam takhrij al-Hafiz al-'Iraqi dan
takhrij al-Hafiz Murtadha al-Zabidi yang lebih luas dalam *Ithaf al-Sadah
al-Muttaqin*. (Lihat:* al-Imam al-Ghazali wa 'Ilm al-Hadith* oleh Dr.
Muhammad 'Aqil al-Mahdali)****
****

Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis
sebanyak itu. Maka dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk
hadis-hadis kitabnya daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat
dipertikaikan. Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa beliau juga telah
memetik hadis-hadis kitab* Ihya' `Ulum al-Din* daripada kitab-kitab hadis
itu sendiri (*al-Imam al-Ghazali wa 'Ilm al-Hadith* hlm. 74 & 118).****
****

Bagaimanapun, sewajarnya setiap pembaca kitab* Ihya' `Ulum al-Din*berhati-hati
dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz
al-`Iraqi yang biasanya dicetak bersama-sama dengan kitab* Ihya'*. Meskipun
adakalanya, hukum beliau berbeza dengan hukum al-Hafiz Murtadha al-Zabidi.
Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab *fada'il acmal
*.****
****
*
*
*
*
*Imam al-Ghazali Mahir Ilmu Hadis Riwayah Dan Dirayah*
****

Bukankah Imam al-Ghazali cukup terkenal sebagai seorang faqih (ahli fiqh)?
Sudah tentu beliau mahir berkaitan *fiqh al-hadith*, atau ilmu *dirayah
al-hadith*. Beliau tentunya memiliki ilmu yang cukup berkaitan hadis-hadis*
ahkam*. Oleh sebab itu, beliau mampu menghasilkan kitab-kitab fiqh yang
menjadi rujukan muktabar dan diiktiraf oleh para ulama, khususnya dalam
mazhab al-Syafi'i.****
****

[*Berhubung ilmu hadis *riwayah* dan *dirayah*,* *saya mengikut pembahagian
kebanyakan ulama, namun dengan takrifan al-Muhaddith Sayyid 'Abdullah
al-Ghumari dalam *Tawjih al-'Inayah*, yang turut disepakati Prof. Dr. Abu
al-Laith al-Khair Abadi. Iaitu ilmu *riwayah al-hadith* berkaitan para
perawi dan riwayat mereka, manakala ilmu *dirayah al-hadith* hanya
berkaitan matan hadis. Berlainan dengan Dr. Muhammad 'Aqil al-Mahdali yang
mengikut pembahagian Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki dalam
*al-Manhal
al-Latif*]****
****

Justeru dengan ini, kita dapat lihat Imam al-Ghazali mengetahui tentang dua
cabang utama ilmu hadis, iaitu ilmu *riwayah al-hadith* dan ilmu*dirayah
al-hadith*. Adapun kata-kata Imam al-Ghazali dalam *Qanun al-Ta'wil* (hlm.
30): "Dan barang bekalanku dalam ilmu hadis adalah sedikit". Saya
berpendapat ianya adalah dalam nada tawaduk dan merendah diri, apatah lagi
kerana beliau berani mengisytiharkan dirinya begitu. Dalam erti kata lain,
beliau menganggap dirinya bukanlah seorang imam dalam ilmu hadis
sebagaimana imam-imam hadis yang tersohor di zamannya ataupun di zaman
sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna beliau langsung tidak mengetahui ilmu
hadis.****
****

Antara imam-imam hadis di zamannya atau di zaman sebelumnya, iaitu sekitar
kurun kelima hijrah ialah Abu Dawud al-Tayalisi (w. 403H), al-Hakim (w.
405H), Abu 'Abd al-Rahman al-Sulami (w. 412H), Tammam al-Dimasyqi (w.
414H), al-Lalika'i (w. 418H), Hamzah al-Sahmi (w. 427H), Abu Nu'aim
al-Asbahani (w. 430H), al-Mustaghfiri (w. 432H), Abu Zar al-Harawi (w.
434H), al-Khallal (w. 439H), Abu 'Amru al-Dani (w. 444H), al-Qudha'i (w.
454H), al-Bayhaqi (w. 458H), Ibn 'Abd al-Barr (w. 463H), al-Khatib
al-Baghdadi (w. 463H), Abu al-Qasim Ibn Mandah (w. 470H), al-Baji (w.
474H), al-Sam'ani (w. 489H), al-Ruyani (w. 501H), al-Daylami (w. 509H) dan
lain-lain.****
****

Maka, dakwaan bahawa Imam al-Ghazali tidak mahir hadis perlu disemak
semula. Kerana hakikatnya, ia bukan secara umum begitu. Beliau hanya tidak
mendalami ilmu *riwayah al-hadith* dari segi kajian sanad dan praktikalnya
secara lebih mendalam, dari sudut *al-jarh wa al-ta'dil* dan *rijal
al-hadith*, serta dari segi periwayatan lautan kitab-kitab hadis secara*
sama'*/*talaqqi*. Barangkali inilah maksud kenapa beliau menelaah Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim di akhir hayatnya, iaitu kerana ingin
mendalami*rijal
al-hadith* dalam kedua-dua kitab sahih yang agung tersebut, dan sebagai
usaha permulaan bagi mendengar dan menelaah lautan kitab-kitab hadis yang
amat banyak bilangannya. Sebagaimana sebahagian ulama merekodkannya di
dalam kitab-kitab sanad mereka.****
****

Jelasnya, meskipun Imam al-Ghazali bukanlah seorang imam atau tokoh besar
dalam ilmu hadis, beliau dianggap masih berkeupayaan dalam ilmu hadis, *
riwayah* dan *dirayah*nya.****


****
*Imam al-Ghazali Mendengar Hadis di Akhir Usia*
****

Menurut Dr. Muhammad 'Aqil al-Mahdali, Imam al-Ghazali telah mempelajari
hadis secara *wijadah *(penemuan) dan juga *ijazah*, namun beliau tidak
mempelajarinya secara *sama*'* *(*talaqqi*) kecuali di akhir hayatnya (*al-Imam
al-Ghazali wa 'Ilm al-Hadith* hlm. 81-83). Sebab itu, beliau berusaha untuk
mengatasi kelemahannya itu, dan ini yang membawa beliau untuk mendengar
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim melalui al-Hafiz Abu al-Fityan 'Umar bin
Abi al-Hasan al-Rawasi.****

****
Al-Hafiz Ibn 'Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali telah mendengar
Sahih al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn 'Abdullah al-Hafsi (*Tabaqat
al-Syafi'iyyah al-Kubra*, 6/200). Dan antara syeikh-syeikhnya yang lain
dalam ilmu hadis ialah al-Hakim Abu al-Fath Nasr ibn 'Ali ibn Ahmad
al-Hakimi al-Tusi, Abu 'Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan
Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad al-Syuja'i al-Zawzani (*Tabaqat
al-Syafi'iyyah al-Kubra*, 6/220).****

****
Kata muridnya, al-Hafiz 'Abd al-Ghafir al-Farisi (w. 529H): "Di akhir
hayatnya, beliau telah memberi tumpuan terhadap hadis Nabi al-Mustafa SAW,
dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah *al-Sahihain*, al-Bukhari
dan Muslim, yang mana kedua-duanya merupakan hujjah Islam.Seandainya beliau
hidup lama, nescaya beliau mampu mengatasi semua orang dalam disiplin ilmu
(hadis) tersebut dengan waktu yang cukup singkat yang beliau luangkan untuk
memperolehinya. Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah mendengar
hadis-hadis di waktu-waktu sebelumnya, dan beliau hanya menyibukkan diri
dengan mendengarnya (secara *sama*') di akhir hayat. Dan beliau tidak
berkesempatan meriwayatkannya. Namun, hal itu tidak memudaratkan terhadap
apa yang beliau tinggalkan dari kitab-kitab yang telah ditulis dalam bab
usul, furu' dan seluruh bahagian yang lain, yang akan kekal disebut-sebut
namanya. Dan telah tertetap di sisi mereka yang menelaah dan mengambil
faedah daripadanya bahwa tidak ada lagi orang terkemudian yang sebanding
dengannya sesudah beliau". (Lihat: *Tabyin Kazib al-Muftari* oleh al-Hafiz
Ibn 'Asakir, hlm. 296; *Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra*, 6/210).

****
Kata 'Abd al-Ghafir al-Farisi lagi: "Aku pernah dengar bahawa beliau telah
mendengar *Sunan Abi Dawud al-Sijistani* dari al-Hakim Abu al-Fath
al-Hakimi al-Tusi, namun saya tidak menemukan bukti *sama*'nya" (*Tabaqat
al-Syafi'iyyah al-Kubra*, 6/212). Sebab itu, ada dinyatakan bahawa Imam
al-Ghazali pernah berkata bahawa menelaah kitab *Sunan Abi Dawud *itu sudah
memadai bagi seorang mujtahid.

****
Kata 'Abd al-Ghafir al-Farisi: "Beliau juga telah mendengar berbagai-bagai
hadis secara formal bersama-sama para fuqaha'. Antara yang saya temukan
bukti *sama*'nya ialah apa yang beliau dengar daripada kitab*Mawlid al-Nabi
SAW* karangan Abu Bakr Ahmad bin 'Amr ibn Abi 'Asim al-Syaybani, riwayat
al-Imam Syeikh Abu Bakr Muhammad bin al-Harith al-Asbahani, dari Abu
Muhammad 'Abdullah bin Muhammad bin Ja'far ibn Hayyan, dari pengarangnya.
Imam al-Ghazali telah mendengarnya dari Syeikh Abu 'Abd Allah Muhammad ibn
Ahmad al-Khawari - Khawar Tabaran - *rahimahullah*, bersama-sama dua orang
anaknya, Syeikh 'Abd al-Jabbar dan Syeikh 'Abd al-Hamid serta sekumpulan
para fuqaha'… Kitab tersebut di dalam dua juzuk yang didengar oleh beliau" (
*Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra*, 6/212-214).

****
Kata al-Hafiz Ibnu 'Asakir al-Dimasyqi (w. 571H): "Beliau telah mendengar
Sahih al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin 'Abd Allah al-Hafsi, dan
menjadi guru di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Kemudian beliau keluar ke
Syam mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau memasuki Dimasyq pada tahun 489H dan
tinggal di sana dalam satu tempoh. Disampaikan kepadaku bahawa beliau telah
menulis di sana sebahagian karya-karyanya. Kemudian beliau kembali ke
Baghdad, lalu ke Khurasan. Beliau telah mengajar dalam satu tempoh di Tus.
Setelah itu, beliau meninggalkan pengajaran dan perdebatan, dan menyibukkan
diri dengan ibadah". Al-Hafiz Abu Sa'd ibn al-Sam'ani menyebut bahawa
beliau pernah mengundang Abu al-Fityan 'Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi
al-Hafiz al-Tusi dan memuliakan beliau, serta mendengar darinya Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim" (Lihat: *Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra*,
6/214-215).****

****
Menurut Ibn Kathir : "Dikatakan pada akhir hayatnya, beliau telah cenderung
kepada mendengar hadith dan menghafal *al-Sahihain *(al-Bukhari dan
Muslim)…", "Kemudian (di akhir hayat) beliau telah pulang ke negerinya Tus
dan tinggal di sana, membina sebuah *ribat*, membuat rumah yang baik,
menanam tanam-tanaman di sebuah kebun yang indah, memberi tumpuan membaca
al-Quran dan menghafal hadith-hadith sahih" (*Al-Bidayah wa al-Nihayah*,
12/214-215).****

****
Jelaslah bahawa beliau bukannya langsung tidak mengetahui ilmu *riwayah
al-hadith*, apatah lagi ilmu *dirayah al-hadith* yang mana beliau adalah
jaguhnya dalam mazhab al-Syafi'i.


****
*Sebahagian Tulisan Tentang al-Ghazali Di Internet*
*
*
****
Tidak sedikit juga penulis di laman sesawang dan blog yang telah menulis
tentang Imam al-Ghazali dan kedudukannya dalam ilmu hadis. Ada
sebahagiannya yang saya manfaatkan. Namun, ada beberapa perkara dan fakta
yang tidak disentuh oleh mereka seperti yang telah saya jelaskan, dan ada
juga beberapa perkara yang saya kurang bersetuju dengan sebahagian mereka.
Namun, saya tidak mahu menyentuhnya di sini.****
****

- Pemurnian Tasawwuf Oleh Imam
Al-Ghazali<http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/31/pemurnian-tasawwuf-oleh-imam-al-ghazzali/>
Oleh:
Muhammad 'Uthman El-Muhammady

****

- Al-Imam Al-Ghazali dan Ilmu
Hadith<http://xinniralubayna.blogspot.com/2010/04/al-imam-al-ghazali-dan-ilmu-hadith.html>

****

- Akhirnya Kutemui Al-Ghazzali <http://saifulislam.com/?p=934>

****

- Benarkah Al Ghazali Hanya Belajar Hadits di Akhir
Hayat?<http://almanar.wordpress.com/2010/08/31/imam-al-ghazali-telah-belajar-hadits-jauh-sebelum-wafat/>

****

- Jawapan terhadap Fitnah kepada Al-Imam
Al-Ghazali<http://ahrasis.com/index.php?topic=117.0>

****

- Hukum Mengkritik Tulisan Al-Imam
Al-Ghazali?<http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=56>


--
Satriyo

"Don't be so quick to judge, you never know when you might just find
yourself walking in that person's shoes"


[Non-text portions of this message have been removed]

------------------------------------

====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
website: http://dtjakarta.or.id/
====================================================Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/daarut-tauhiid/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/daarut-tauhiid/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
daarut-tauhiid-digest@yahoogroups.com
daarut-tauhiid-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
daarut-tauhiid-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Tidak ada komentar: