Kamis, 03 September 2009

[daarut-tauhiid] HADITH HARIAN: Sedekah berbuka pahalanya besar

 



Sedekah berbuka pahalanya besar
Ibn 'Abaas berkata, "Rasulullah adalah
orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah
di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap
malam dari awal hingga akhir Ramadhan." (alBukhari). Sabda Rasulullah
SAW "Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa
ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang
yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu.
". Riwayat (at-Tirmidzi)

IBNU
Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
"Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin
'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga
terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh
sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara
merdu itu sambil berkata: "Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini
(Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan
hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik."

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan
al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan
akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam
hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu
Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menahan
tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan
kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni
segala dosanya yang lalu."

Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada
bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat
fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: "Dalam sebuah hadis panjang,
Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda
berpesan yang bermaksud: "Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi
bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan
kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah
bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin."Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada
bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan
dosa-dosanya pula diampunkan."

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: