Senin, 13 April 2009

[daarut-tauhiid] Saidatina Khadijah



Dia melalui saat-saat sakarat ditemani suami
tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia
mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja. Katanya, "Wahai
rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku
sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar
dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan
dakwah yang panjang ini". Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu.
Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar
kata-kata Saidatina Khadijah itu? Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan
hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikannya juga. Allah
meminta Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Ustaz turut menceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat:
Allaahum ma antas salaam - waminkas salaam
Wa ilaika ya 'uudus salaam
Fahayyina rabbanaa bis salaam
Wa adkhilnal jan nataka daaras salaam
Tabaa rakta rabbanaa wa ta 'aalaita yaa dzal jalaali wal ikraam.

Ya Allah, Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu
pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan
masukkanlah aku kedalam surga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau
Ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.
Dan pergilah Saidatina
Khadijah menghadap Allah SWT, kekasih yang dirindui. Terlalu hebat wanita ini.
Dialah insan pertama yang mengimani Rasulullah SAW. Tidak cukup dengan harta,
tulang-tulangnya juga ingin digunakan untuk membantu perjuangan Rasulullah.

Menziarahi Khadijah ra membangkitkan perasaan
dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati
terhadap suami. Dia lambang tekun ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu
bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. Dia lambang pengorbanan
unik ketika bersendirian mendokong suaminya menghadapi ramai golongan berkuasa
di Mekah serta kejahilan dan ketakutan orang ramai di Semenanjung Arab.
Beruntung Khadijah ra berjaya menjual dunianya untuk membeli Akhirat yang lebih
kekal dan abadi apabila Jibril datang memaklumkan kepada Nabi saw, "Berilah
khabar gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah telah dibina untuknya di
Syurga ..".


Khadijah ra seorang koporat perniagaan
antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah
Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar "At-Tahirah"
(wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar
Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya
upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda saw
disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri
akhlak dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan
pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi saw sahaja
tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak
berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.


"Aku takut terhadap apa akan terjadi terhadap
diriku", kata Nabi saw kepada Khadijah ra dalam keadaan gementar setiba di
rumah dari Gua Hirak. Jawab Khadijah ra spontan dengan penuh yakin, seyakin
dihari dia memilih dengan tepat bakal yang akan menjadi suaminya, "Kalla, ma
yukh zikallahu abadan. Innaka la tasillu rahm, wa taksibul makdum …".
(Sekali-kali tidak. Allah sekali-kali tidak akan mengsengsarakan kau. Engkau
menghubungkan silaturrahim. Engkau memberi makan orang yang kelaparan …".
Subhanallah!!. Saya melihat Khadijah ra seorang yang bulat keyakinan dan kasih
terhadap suaminya, sebulat keyakinan dan kasih suaminya terhadap Tuhannya.
Hasilnya, anak-anak mereka bulat terhadap Risalah ayah dan ibunya. Zainab binti
Muhammad memilih meninggalkan suaminya Al-Ass di Mekah, menunggang unta menuju
kepada ayahnya saw yang telah berhijrah bersama kaum Muslimin di Madinah.
Ruqayyah dan Ummu Kalthum tabah disingkirkan hanya kerana Aqidah yang
diperjuangkan oleh ayahnya. Fatimah ra menangis tetapi tabah sambil
membersihkan rambut ayahnya yang ditabur kotoran oleh Quraisy. "Jangan menangis
wahai anakku. Sesungguhnya Allah melindungi ayahmu", kata Nabi saw kepada
Fatimah. Mereka Akhawat Mukminat setabah ibu yang mendidik dan membesarkan.
Kemelut rumahtangga orang ramai hari ini ialah tidak bulatnya keyakinan si
isteri terhadap suami, lantaran tidak bulatnya si suami terhadap Tuhan dan
DakwahNya. Ramai suami yang tidak punya risalah dan ideologi apa-apa dalam
hidup untuk dicapai. Perjuangan paling popular dewasa ini hanya sekadar
mencapai rumah dan kereta mewah serta anak-anak yang bergaji besar yang
semuanya nanti boleh dibangga-banggakan di depan sahabat handai dan taulan.
Kesannya, keyakinan tidak bulat, kesangsian dan curiga dalam rumah tangga
sering mewarnai kehidupan, banyak perkara berkira, perselisihan kerap berlaku,
perjuangan, minat dan halatuju berbeda jauh walau hidup sebumbung dan dilimpahi
kemewahan. Jika ada yang minat dan terlibat dalam Dakwah semasa menuntut, ia
hanya hobi sementara menunggu tamat, mendapat ijazah dan berkarier.

Siddiq (membenarkan) lebih tinggi dari Iman.
Syurga Firdaus dihuni oleh para Nabiyiin (Nabi-nabi), Siddiqiin (orang-orang
yang membenarkan), Syuhadak (orang-orang yang mati syahid) dan Salihin
(orang-orang saleh), mereka adalah sebik-baik teman di Akhirat. Khadijah ra
bukan sahaja telah beriman dengan Risalah yang suaminya baru terima dari Gua
Hirak, tetapi juga telah membenarkan Risalah tersebut dengan mengorbankan
segala perasaan, masa, harta dan apa sahaja yang dia miliki demi memenangkan
Agama ini mengatasi Quraisy di Mekah dan Rom Parsi di muka bumi. Boikot ekonomi
Quraisy dan kabilah-kabilah Mekah walaupun menyebabkan kesengsaraan terhadap
Nabi saw dan para Sahabar ra tetapi ia tidak berjaya antara lain kerana
pengorbanan harta yang dihulurkan Khadijah ra ketika itu. Sindiran, fitnah,
tohmahan dan perang saikologi yang dilancarkan Quraisy, walau memberi impak
teruk kepada Dakwah Islam tetapi tidak mempu membunuh semangat Nabi saw
lantaran dokongan moral, kasih dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah
ketika itu.


Dalam perjuangan, peristiwa sedih sering
berlaku kepada mana-mana pejuang. Kepada Nabi saw, diantaranya kesedihan
Baginda saw ialah kematian Khadijah ra, kematian Abu Talib, dibaling batu di
Taif, Hamzah ra di bunuh dan dimamah jantungnya, pembunuhan Rombongan Rajik 60
para hafiz dll. tetapi hanya tahun kematian Khadijah ra digelar Nabi saw
sebagai Tahun Sedih. Wafak (setia) Nabi saw kepada Khadijah ra ialah Nabi saw
sering memuliakan kawan-kawan lama Khadijah ra yang masih hidup dengan bertanya
khabar dan menyampaikan hadiah dan kiriman. Nabi saw juga sering menyebut tentangnya
sehingga apabila Aisyah ra berkata, "Bukankah Allah telah menggantikannya
dengan isteri yang lebih baik?", jawab Nabi saw,"Demi Allah, Allah tidak pernah
menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman
kepadaku apabila manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika
manusia lain membohongi aku. Dia memberi aku harta ketika manusia lain
memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku
dikurniakan anak-anak (yang mengikut perjuanganku)". Dari hadis ini dapat kita
fahami apakah faktor dan kualiti seorang isteri yang sebenar yang menjadi
pilihan seorang Nabi yang paling dikasihi Allah swt. Tidak lain dan tidak bukan
ialah faktor meyakini penuh perjuangan ideologi, berkorban harta dan jiwa untuk
memenangkannya serta menyedia dengan mendidik anak-anak untuk menyambung
perjuangan yang panjang dan jauh hari kemenangan.


Kemelut para Duat hari ini diantaranya ialah
dari sedikit mereka yang meyakini i Perjuangan untuk memenangkan Islam ini,
lebih sedikit lagi mereka yang mentasdiq (membenarkan) perjuangan tersebut
dengan bukti amal dan pengorbanan. Ramai yang mengatur usrah dan tamrin untuk
belia dan dewasa sedang isterinya sendiri tidak berusrah dan anak-anaknya tidak
tahu dimana. Ramai yang menggalakkan umat ke masjid dan majis-majlis ilmu
sedang anaknya digalakkan ke luar negara yang terlalu ceruk tanpa masjid apatah
lagi menghadiri majlis-majlis ilmu di sana. Ramai yang bercakap tentang
pengorbanan harta tetapi pertubuhannya miskin tidak mampu memberi kebajikan
ahli sedang ramai yang berkereta dan hidup mewah dibanglo yang tersergam. Ramai
yang menyeru berkorban jiwa dan masa sedang masa kerier tambahan seperti locum,
consultancy, direct-selling, tuition dan lain-lain lebih mendapat tempat dari
Dakwah Fardiyah sedang masa dan tenaga yang diperlukan, teknik dan strategi
adalah hampir sama. Apabila kita tidak bulat, maka anak-anak sendiri atau anak
didik kita juga tidak bulat. Hasilnya, dari aduan kepada saya ramai anak-anak
Duat yang merokok, bergirl atau berboyfriend, chit chat, skin-head, metal dan
ada yang tidak diakui anak oleh Duat. Bagi anak yang Duat cuba juga dekatkan
mereka kepada Dakwah, mereka tidak mantap, tiada keyakinan diri, menurut
sahaja, berpura-pura sementara menunggu dewasa, berkarier dan merdeka.
Alangkah Dakwah ini memerlukan pengurus rumahtangga seperti Khadijah ra. Dia
berjaya membuktikan pengurusan suami, anak-anak dan harta dengan jaya, bukan
sekadar kata-kata dan tazkirah. Semua kualiti ini yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah saw.
Kepada memiliki dan membuktikan kualiti ini juga kita mendorong para penuntut
dan wanita Islam hari ini.


"Salam sejahtera wahai Khadijah Al-Khuwailid. Salam sejahtera
wahai isteri Rasulullah saw. Salam sejahtera wahai Ummi Mukminin (ibu kaum mukminin).
Salam sejahtera wahai sekelian penduduk Tanah Perkuburan Al-Makla. Sesungguhnya
kami, insyaAllah, akan bersama kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan
mengikut kemudian. Moga Allah mengampunkan kami dan kamu, mengampunkan orang
yang terdahulu dari kalangan kamu dan yang terkemudian. Ya
Allah, berilah pahala dan ganjaran kepada mereka atas sumbangan mereka kepada
Islam. Ya Allah, jangan Engkau sekat kepada kami untuk beroleh pahala mereka.
Jangan Engkau duga kami sesudah mereka. Ampunilah kami dan mereka. Amin" (Doa
ziarah Khadijah ra dan Perkuburan Al-Makla, Mekah).

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: