Jumat, 12 April 2013

[daarut-tauhiid] Taisir Mustolahul-Hadis (4) - Dr. Mahmud Thohan : Al Khobar

Taisir Mustolahul-Hadis (4)

Dr. Mahmud Thohan






Bab Pertama : Al-Khabar



Fasal pertama: Pembahagian al-Khabar berdasarkan sampainya kepada kita



Fasal kedua: al-Khabar al-Maqbul (yang diterima)



Fasal ketiga: Al-Khabar al-Mardud (yang ditolak)



Fasal keempat: Al-Khabar yang berkongsi sifat Maqbul dan Mardud.





3.1 FASAL PERTAMA : Pembahagian Al-Khabar Berdasarkan Kepada Jalan Dan Cara Sampainya Kepada Kita.



Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:



a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak dapat dihitung bilangannya ia adalah Al-Mutawatir



b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan bilangannya ia adalah Al-Ahad.



Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan disentuh nanti, Insya Allah.





3.1.1 Perbahasan Pertama: Al-Khabar Al-Mutawatir



Definisi:



Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang berturut-turut seperti contoh tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.



Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada kebiasaannya mustahil mereka bersepakat untuk berdusta.



Huraian definisi:



Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi yang menurut hukum aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk mereka-reka al-khabar ini.



Syarat-syarat al-Mutawatir



Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada al-khabar melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:



1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang.

2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.

3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta

4. Asas bagi khabar ini adalah indera seperti kami mendengar, kami melihat, kami merasai dan sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah aqal seperti pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu al-khabar tidak boleh dinamakan dengan Al-Mutawatir.



Hukumnya:



Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti persis orang menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya begitulah halnya dengan hadis mutawatir. Oleh kerana itu seluruh hadis mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.



Bahagiannya:



Mutawatir terbahagi kepada dua:



1. Al-Mutawatir Al-Lafzi iaitu hadis yang mutawatir pada lafaz dan maknanya seperti hadis:



ãä ßÐøÈ Úáíø ãÊÚãÏÇ ÝáíÊÈæà ãÞÚÏå ãä ÇáäÇÑ



"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah dia mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka."



Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat.



2. Mutawatir Al-Ma'nawi iaitu hadis yang mutawatir pada makna tidak pada lafaz seperti hadis mengangkat dua tangan ketika berdoa. Ianya telah diriwayatkan oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam hampir atau lebih kurang seratus hadis. Setiap hadis menyebutkan baginda mengangkat tangan ketika berdoa cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza. Dari segi keadaan ianya tidak mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat tangan ketika berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan atau gabungan jalan-jalan sanad.



Kewujudannya



Terdapat bilangan yang cukup banyak hadis mutawatir antaranya hadis tentang kolam,menyapu khauf, mengangkat dua tangan di dalam solat, hadis "semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar hadis" dan banyak lagi.



Bagaimana pun kalau dibandingkan dengan hadis ahad, bilangan hadis mutawatir sangatlah sedikit.



Karya yang masyhur



Ulama memberi perhatian khusus dalam menghimpun hadis-hadis Mutawatir di dalam karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan antaranya:



a) "Al-Azhar al-Mutanathirah Fi-al-akhbar al-Mutawatirah" karangan Imam al-Suyuti. Kitab ini disusun mengikut bab-bab.



b) "Qatf al-Azhar juga karangan al-Suyuti" yang merupakan ringkasan kitab yang pertama.


c) "Nazm al-Mutanathir Min al-Hadith al-Mutawatir" karangan Muhammad bin Ja'far al-Kattani.
***** This message may contain confidential and/or privileged information. If you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you must not use, copy, disclose or take any action based on this message or any information herein. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. PT Pertamina (Persero) is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt. *****


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
website: http://dtjakarta.or.id/
====================================================Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/daarut-tauhiid/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/daarut-tauhiid/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
daarut-tauhiid-digest@yahoogroups.com
daarut-tauhiid-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
daarut-tauhiid-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Tidak ada komentar: