Kamis, 17 Januari 2013

[daarut-tauhiid] Taisir Mustolahul-Hadis (1) - Prakata

 


Taisir Mustolahul-Hadis (1)
Dr. Mahmud Thohan

Prakata

Segala pujian bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang telah mengurniakan nikmat kepada orang-orang Islam dengan menurunkan al-Qur'an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan suratan hingga hari akhirat dan menjadikan penjagaan sunnah Penghulu sekalian rasul antara penyempurnaan penjagaan al-Qur'an.

Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah Subhanahu wa Ta'ala mewakilkan baginda untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur'an dengan firmanNya:

"Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan."

Lalu Rasulullah Shallalahu alaihi wassallam bangun sebagai seorang yang menjelaskan al-Qur'an dengan ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya, pengakuan-pengakuannya dengan gaya jelas lagi terang.

Keredhaan buat para sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan pengubahan dan penukaran.

Rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan sunnah daripada generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari penyelewengan golongan yang batil.

Balasan yang mulia untuk mereka yang menjejaki salaf dari kalangan ulama Islam yang menerima prinsip-prinsip periwayatan sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu mereka menyaringnya, menyusunkannya dan mengumpulkannya di dalam karangan-karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu mustalah hadis.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu mustalah hadis sejak bertahun-tahun di Kulliyyah Syariah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya "Ulum al-Hadith" karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya "al-Taqrib" tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab secara kulit ke kulit walaupun isinya sangat hebat dan faedahnya melimpah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-Salah. Di samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi. Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua ilmu-ilmu hadis. Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Oleh itu, penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang mustalah hadis dan ulum hadis untuk para mahasiswa Kulliyyah Syariah yang akan memudahkan mereka memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan kemudian pembahagiannya.... diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan yang terkenal dalamnya. Semua itu dengan frasa yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Syariah dan Kulliyyah Pengajian Islam.

Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith. Penulis tidak berpendapat dengan buku ini, kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama terdahulu tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli ikhtisas ilmu ini dan merupakan mata air melimpah yang mereka menceduk darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya berjela, terlampau ringkas dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi pertengahan di antara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi kesemua perbahasan.

Yang baru dalam buku ini ialah:

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang memudahkan pelajar memahaminya.
2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.
3. Meliputi semua perbahasan mustalah hadis secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar di dalam kitabnya "Nukhbah al-Fikar" dan syarahnya "Nuzhah al-Nazar" kerana ia merupakan susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah penulis bergantung kepada kitab "Ulum al-Hadith" oleh Ibn al-Salah, ringkasannya "al-Taqrib" oleh al-Nawawi dan syarahnya "Tadrib al-Rawi" oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama tentang khabar, bab kedua tentang al-jarh wa al-ta`dil, bab ketiga tentang riwayat dan prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan pengetahuan tentang para perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa, penulis menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis agar dapat penulis membetulkannya. Penulis berharap kepada Allah Subhana wa Ta'ala agar para mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadis mendapat manfaat daripadanya serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas keranaNya.

***** This message may contain confidential and/or privileged information. If you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you must not use, copy, disclose or take any action based on this message or any information herein. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. PT Pertamina (Persero) is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt. *****

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
.

__,_._,___

Tidak ada komentar: