Rabu, 13 Februari 2013

[daarut-tauhiid] Taisir Mustolahul-Hadis (4) - Dr. Mahmud Thohan : Definisi-Definisi Asas

 


Taisir Mustolahul-Hadis (4)

Dr. Mahmud Thohan

Definisi-Definisi Asas

1. Ilmu al-Musthalah:

Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

2. Subjeknya:

Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

3. Faedahnya: membedakan di antara hadis yang sahih daripada hadis yang bermasalah.

4. Al-Hadith

Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith merupakan kata jama'nya yang dibuat dengan tidak mengikut kaedah qias.

Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam dalam bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.

5. Al-Khabar

Dari segi bahasa bermaksud berita, jama'nya akhbar. Dari segi istilah ada tiga pendapat:

a) Ia adalah sinonim dengan al-Hadith dari segi istilah.

b) Antonim dengan al-hadith iaitu al-hadith ialah perkara yang datang daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam manakala al-Khabar datang daripada orang lain.

c) Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam sedangkan al-Khabar berpunca daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wassallam dan juga orang lain.

6. Al-Athar

Dari sudut bahasa berarti baki sesuatu benda.

Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:

a) Sinonim bagi al-Hadith

b) Antonim bagi al-hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi'in sama ada ucapan atau perbuatan.

7. Al-Isnad: Mempunyai dua pengertian iaitu,

a) Menyandarkan hadis kepada pengucapnya dengan secara bersanad.

b) Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.

8. Al-Sanad

Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadis itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.

Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai kepada matan.

9. Al-Matn (Matan)

Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.

Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang berakhirnya sanad.

10. Al-Musnad

Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada `al-syai` ilayhi' dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.

Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga makna:

a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua sahabat secara berasingan.

b) Al-Hadith al-marfu' yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya bersambung.

c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-musnad masdar mimi (masdar yang dimulakan dengan huruf mim).

11. Al-Musnid

Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama apa dia memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.

12. Al-Muhaddith

Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah dan mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan perawi-perawinya.

13. Al-Hafiz

Ada dua pendapat

a) Semakna dengan Al-Muhadith. Ini mengikut kebanyakan ahli-ahli hadis.

b) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith iaitu pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya.

14. Al-Hakim

Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama.

***** This message may contain confidential and/or privileged information. If you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you must not use, copy, disclose or take any action based on this message or any information herein. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. PT Pertamina (Persero) is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt. *****

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
.

__,_._,___

Tidak ada komentar: