Selasa, 05 Februari 2013

[daarut-tauhiid] Taisir Mustolahul-Hadis (3) - Karangan-Karangan Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Mustalah

 


Taisir Mustolahul-Hadis (3)

Dr. Mahmud Thohan

Karangan-Karangan Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Mustalah

1. Al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi wa al-Wa'iy

Kitab ini ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua perbahasan mustalah hadis. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.

2. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith

Penulisnya Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 52 jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu mustalah.

3. Al-Mustakhraj 'ala Ma'rifah 'Ulum al-Hadith

Ditulis oleh Abu Nu'aim Ahmad bin Abdullah al-Asfahani (wafat 430H). Beliau menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada itu masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh orang lain.

4. Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah

Karangan Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (W463). Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah yang telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui sebagai sumber utama ilmu ini.

5. Al-Jami' Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami' juga ditulis oleh AL-Khatib Al Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat sedikit sekali bidang-bidang ulum hadis yang tidak ditulis oleh beliau melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu Bakar Bin Nuktah: "Setiap orang yang adil pasti mengetahui bahwa semua muhaddithin selepas beliau adalah bergantung kepada kitab-kitabnya."

6. Al-Ilma' ila Ma' rifah usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama' ditulis oleh Qadhi Iyad Bin Musa Al-Yahsub ( w 544 ) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu mustalah tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan mempunyai susunan yang indah.

7. Ma La Yasa' al-Muhaddith Jahluh

Ditulis oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H). Ia merupakan satu risalah yang ringkas.

8. 'Ulum al-Hadith

Karangan Abu 'Amr Uthman bin Abdul Rahman Shahrazuri yang lebih dikenali dengan Ibn al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu mustalah. Pengarangnya menghimpunkan perbahasan-perbahasan yang terselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib al Baghdadi dan ulama sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. Ini kerana pengarang mendiktekan satu demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telah diringkaskan, dinazamkan, dikritik dan juga disokong.

9. Al-Taqrib wa al-Taysir Li Ma'rifah Sunan al-Basyir al-Nazir

Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (W676). Kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab "`Ulum Hadith Ibn Salah". Kitab ini sangat baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.

10. Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi

Ditulis oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911) merupakan ulasan kepada karangan "Taqrib" al-Nawawi. Pengarangnya mengumpul pelbagai fakta penting yang berguna.

11. Nazm al-Durar fi ilm al-Athar

Pengarang ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (W 806) ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan "Alfiyah al-Iraqi". Beliau telah menazamkan kitab "`Ulum Hadith Ibn Salah" dengan membuat beberapa tambahan. Ia sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri (Fath al-Mughith- al-Iraqi).

12. Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith

Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Rahman (W902) merupakan penjelasan kepada "Alfiyah al-Iraqi". Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi "Alfiyah".

13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar

Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852). Sebuah risalah yang terlalu ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini . Beliau sendiri menghuraikannya dengan diberi nama "Nuzhah al-Nazar" dan kitab ini juga telah diberi penjelasan oleh ulama lain.

14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah

Disusun oleh Umar bin Muhammad al-Bayquni (W 1030). Ia merupakan nazam yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan banyaknya oleh ulama.

15. Qawa'id al-Tahdith

Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya yang sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk disebutkan dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga Allah Subhana wa Ta'ala memberi ganjaranNya kepada kita semua.

***** This message may contain confidential and/or privileged information. If you are not the addressee or authorized to receive this for the addressee, you must not use, copy, disclose or take any action based on this message or any information herein. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. PT Pertamina (Persero) is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt. *****

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
.

__,_._,___

Tidak ada komentar: