Jumat, 19 Maret 2010

[daarut-tauhiid] AMALAN PENGHAPUS DOSA DAN HAMBA PALING MUFLIS

 

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.Assalamualaikum w.b.t.h..salam
syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari
ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?

Sayanglah kiranya hati ini sunyi sepi ibarat tanah yang gersang tanpa
setitis airmata, tandus tanpa dibajai dengan zikrullah & rosak tanpa
kunjungan Rahmat Allah.. Ditambah pula akaun dosa yang semakin
bertambah dan menggunung tinggi.

Alhamdulillah,syukran ya Rabb.. harini ana berkesempatan menghadiri
kuliah maghrib yg disampai oleh Ustaz. Didalam kuliahnya ustaz ada
menceritakan mengenai suatu kisah seorang hamba Allah dihari
penghitungan amal, telah membawa amalan solehnya untuk ditimbang
(amalan solat sunat,fardhu,sedekah,zakat,dll) telah dilhat oleh Allah
s.w.t..

Namun seorang demi seorang dari hari penghitungan amal itu menuntut
hak-hak mereka dari hamba Allah yg soleh ini. Tanpa disedari akibat
dari mengumpat,fitnah,ghibah dll telah menyebabkan kesemua amalan baik
hamba Allah ini kehabisan diberikan kepada orang yang menuntut hak
mereka.

Pahalanya sudah habis,tetapi masih ramai lagi yang menuntut hak. Allah
mengambil dosa-dosa orang yang menuntut hak lalu diberikan kepada Hamba
Allah yg soleh ini.

Pahalanya sudah habis,dosa pula semakin bertambah dimuka pengadilan
perhitungan amal.
Hamba Allah ini telah menjadi orang yang paling muflis diakhirat.. Kita
pula bagaimana?

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. ana berpeluang untuk meminjam
sebuah Kitab dari Pepustakaan tempat ana belajar. Sebuah Kitab yang
bertajuk " 40 Amal penghapus Dosa"..
Mari kita amalkan agar tidak menjadi orang yang paling muflis
diakhirat..
Diantara amalan untuk menghapus dosa adalah seperti berikut :

1. BERTAQWA KEPADA ALLAH

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menghapuskan
kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasanya"
(At-talaq:5)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada
Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan
antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahnan
kamu,serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya)
mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)

2.MENGIKUT RASULULLAH SAW

"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Ali
Imran:31)

3.MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu
melakukannya,kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa
kecil)kamu,dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)"
(An nisa : 31)
4.IMAN DAN AMAL SOLEH

"Dan ingatlah sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal
soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke
dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal
didalam selama-lamanya,yang demikian itulah kemenangan yang besar." (At
taghabun:9)

5. AMAL KEBAIKAN MENGHAPUS DOSA

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau mengerjakan perbuatan yang
tidak baik,maka ikuti dengan amalan yang baik supaya ia
menghapuskannya."

6.MEMAAFKAN ORANG LAIN

"dan segeralah kamu kepada amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan
dari tuhan kamu,dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan
bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu orang yg
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yg menahan
kemarahannya,dan orang-orang yg memaafkan kesalahan orang .Dan ingatlah
Allah mengasihi orang-orang yg berbuat perkara-perkara yang baik" (Ali
Imran : 133-134)

7.MENYAYANGI BINATANG

"Tidaklah seorang muslim yang menuangkan gandum untuk makanan kudanya
kemudian dia mengacaunya, melainkan Allah menulis baginya satu kebaikan
untuk setiap biji gandum"

8.MUSIBAH MENGHAPUS DOSA

dari aisyah berkata Nabi s.a.w. bersabda

"tidak ada satu musibah pun yg menimpa seorang muslim kecuali Allah
menghapus dengannya dosa-dosanya,sampai pada duri yg menusuk " (HR
AL-BUKHARI)

DARI jabir bin abdullah diriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Ummu
saib lalu berkata

"wahai ummu saib kenapa kamu merintih?Jawab ummu saib: "aku sedang
deman,semoga Allah tidak memberkahi demam" Rasulullah bersabda "Jangan
kamu mencela deman,kerana ia dapat menghilangkan dosa manusia
sebagaimana pandai besi menghilangkan karat besi (HR MUSLIM)

9. AIR WUDUK DAN SOLAT MENGHANYUTKAN DOSA

dari abdullah bin mas'ud,dia berkata:"sesungguhnya ada seorang lelaki
mencium wanita
(bkn isterinya) lalu ia datang kpd Rasulullah s.a.w. dan menceritakan
kejadian tersebut,maka turunlah firman Allah

" dan dirikanlah sembahyang(wahai muhammad) dan engkau dan umatmu) pada
dua bahagian siang (pagi petang) dan pada waktu -waktu yang berhampiran
dengannya dari waktu malam.sesungguhnya amal-amal kebajikan itu
menghapuskan kejahatan. perintah -perintah Allah yang demikian adalah
menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (HUD : 114)

MAka lelaki tadi berkata : "wahai Rasulullah,apakah ayat ini
diperuntukkan bagiku?" jawab Rasulullah "bagi siapa sahaja dari umatku
yang melakukannya (HR . Al Bukhari)

--
Posted By Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak to Islamic article at
3/19/2010 07:47:00 AM

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
.

__,_._,___

Tidak ada komentar: