Minggu, 18 April 2010

[daarut-tauhiid] : Kisah kekasih Allah

 

dari laman : http://juniorsmapr05-annafsi.blogspot.com/
Kisah Siti Fatimah r.a
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya,
berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi
oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai,
Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan
penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan
kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah
seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.
a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan
yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan
sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau,
namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu
Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya
Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-
kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga
hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham
hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia
memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di
dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk
isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus
menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan
yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu
jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina
Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu
Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik
Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan
sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati
puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum
dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala
menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau
tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu
ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan
segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak
keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang
pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan
lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran
itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan
sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira
dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya
dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan
untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai
Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas,
namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat."
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah
penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih
sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik
daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa
kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah
membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali
dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur
baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak
tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua
kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa
pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang
hatinya sentiasa mengingatiNya

--
Posted By Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak to Islamic article at
4/18/2010 12:17:00 AM

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Recent Activity:
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Welcome to Mom Connection! Share stories, news and more with moms like you.


Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: