Rabu, 15 Juli 2009

[daarut-tauhiid] HADITH HARIAN: Ciri-ciri Orang Munafik

 



HIMPUNAN HADITH HARIAN


Tajuk :

Ciri-ciri Orang Munafik

BAB: Akhlak

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,
maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia
meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia
khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan
apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah
) ".[Riwayat Ahmad]

Huraian:

Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang
kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah
dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap
masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang
akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat
dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada
mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki
ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu
tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang
telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan
kepadanya.

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: