Jumat, 10 Juli 2009

[daarut-tauhiid] HADITH HARIAN: Menjauhi Segala Bentuk Syirik





HIMPUNAN HADITH HARIAN


Tajuk :

Menjauhi Segala Bentuk Syirik

BAB: Akidah

Hadith : Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya tawar jampi, tangkal
azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami
kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik." [Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad]

Huraian:
Pengajaran hadis:
i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi
Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya
atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau
yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
ii) Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan 'syirik yang
tersembunyi' yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu
dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya
disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu
terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah
atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian
tidaklah diharamkan.
iv) Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
b) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
c) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
d) Mengatakan:" Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya" dan sebagainya.
e) Mengatakan:" Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri".
f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan,
perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu
tujuan yang lain.
v) Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan
yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling
besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu
itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
====================================================
Pesantren Daarut Tauhiid - Bandung - Jakarta - Batam
====================================================
Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
====================================================
       website:  http://dtjakarta.or.id/
====================================================
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: